Lokasi Menarik Memancing atau Snorkeling kat Pulau Mantanani Sabah

Kalau orang tanya aku apa yang menarik di Sabah? banyak sebenarnya tempat menarik dan best kat Sabah ni. Dan ramai maklum, pulau-pulau kat Sabah ni memang semuanya indah-indah. Kalau nak aku senaraikan semua pulau-pulau yang ada kat Sabah, memang la aku tak berapa pakar. Tapi antara pulau yang biasa orang pegi adalah pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik sebab ianya mudah diakses dari Jesselton Point kat Bandar Kota Kinabalu. Jom baca Lokasi Menarik Memancing atau Snorkeling kat Pulau Mantanani Sabah.

penginapan di pulau Sabah
Pandangan dari arah homestay Mainah's Homestay


Lokasi Menarik Memancing atau Snorkeling kat Pulau Mantanani Sabah

Kali ni aku bukan nak cerita pulau-pulau yang biasanya ramai pelancong buat Island Hoping tu. Tapi aku nak kongsi tentang aktiviti yang korang boleh buat kat Sabah bila datang bercuti selain naik bukit dan naik gunung. Aktiviti ni memang sangat sesuai untuk korang buat bila datang bercuti kat Sabah. Yang duduk Sabah pun boleh jugak nak buat aktiviti ni.

Aktiviti yang aku maksudkan adalah memancing atau snorkeling di Pulau Mantanani. Mungkin nama pulau Mantanani ni kurang glemer berbanding pulau-pulau peranginan lain kat Sabah, tapi kecantikan dia tak kurang hebatnya dan yang bestnya korang boleh memancing atau snorkeling kat Pulau yang cantik ni.

Sewa bot ulang-alik
Bot yang membawa ulang alik dari lokasi memancing dan snorkel ke penginapan di Pulau

Untuk aktiviti memancing di Pulau Mantanani ni, korang boleh ambik pakej yang sahabat aku sediakan khas untuk yang kaki pancing tu. Pakej untuk aktiviti memancing kat Pulau Mantanani ni memang lengkap dari tempat tinggal sampailah makan dan minum. Tapi pancing dengan umpan tak disediakan lah. Ni aku sediakan itinerary untuk aktiviti memancing kat pulau.

Itinerary Aktiviti Memancing di Pulau Mantanani Sabah

8.00 - 8.40 pagi
Bertolak dari Rampaian Laut ke Pulau Mantanani
8.40 - 11.30 pagi
Aktiviti Memancing
11.30 pagi
Bertolak ke Mainah's Homestay
12.00 tenghari
Makan tenghari dan berehat
2.00 - 9.00 malam
Bertolak semua ke lubuk memancing semula
9.00 malam
Bertolak semula ke homestay untuk makan malam dan berehat
7.30 pagi
Sarapan pagi
8.30 pagi
Bertolak dari Pulau Mantanani ke Rampaian Laut

Untuk pakej aktiviti memancing kat Pulau Mantanani ni, harganya RM250 seorang dan ianya limit kepada 6 orang dan tidak lebih dari 8 orang sahaja. Dengan harga ni semua tersedia termasuk homestay dan makan. Dan untuk pengetahuan korang, aktiviti memancing kat Pulau ni bergantung kepada cuaca jugak. Kalau cuaca tak ok, rangers takkan bawak korang pegi memancing.

Perjalanan dari Rampayan Laut ke Pulau Mantanani ambil masa lebih kurang 30 minit.

Penginapan di Pulau mantanani Sabah
Nak tengok tv ke nak pegi snorkel?

Hotel di pulau Mantanani Sabah
Mainah Homestay di Pulau Mantanani Sabah

penginapan di pulau mantanani sabah
Nak tido ke nak memancing?

Seterusnya aku nak cerita pulak untuk aktiviti snorkel kat Pulau Mantanani ni. Kalau korang tak nak memancing, korang boleh jugak untuk snorkeling kat sini.

Itinerary Aktiviti Snorkel di Pulau Mantanani Sabah

8.00 - 8.40 pagi
Bertolak dari Rampaian Laut ke Pulau Mantanani
8.40 - 9.40 pagi
Sarapan pagi dan berehat
10.00 pagi
Aktiviti Snorkeling  sampai puas
12.00 tenghari
Makan tenghari dan berehat
1.00 - 4.00 petang
Aktiviti memancing
4.00 petang
Kembali ke Mainah's homestay dan berehat
5.30 petang
Melihat matahari terbenam
7.30 malam
Makan malam dan aktiviti sendiri, berehat
7.30 pagi
Sarapan pagi
8.30 pagi
Bertolak dari Pulau Mantanani ke Rampaian Laut

Harga untuk pakej snorkel ni RM300 untuk setiap orang. Dan ini termasuk penginapan, makan dan bot ulang-alik dari homestay ke tempat snorkeling tu. Lengkap. Sama jugak macam itinerary memancing, aktiviti snorkel jugak bergantung kepada keadaan cuaca. Ranger memang mementing keselamatan semua peserta.

Kalau nak harga diskaun, boleh la hubungi nombor telefon Encik Zamri kat talian 0198639864 atau boleh Whatsapp ke nombor 01115021061. Call atau Whatsapp, mana-mana pun okay. Dilayan bah kalo ko. Semoga perkongsian kali ni bagi manfaat kepada mereka yang mencari kawasan yang menarik di Sabah beserta aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang percutian kat sini.


pakej untuk aktiviti di pulau sabah
Makan tenghari disediakan. Makan sampai kenyang pastu sambung balik aktiviti snorkeling atau memancing di Pulau

pakej aktiviti snorkel
Aktiviti snorkel


pakej aktiviti pancing di sabah pulau
Dah ready nak memancing

memancing di sabah
Its dinner time!





Artikel berkaitan dengan "Lokasi Menarik Memancing atau Snorkeling kat Pulau Mantanani Sabah"

4 10 Komen untuk "Lokasi Menarik Memancing atau Snorkeling kat Pulau Mantanani Sabah"

  1. Teringin nak buat aktiviti macam ni..Tapi sebab ada anak kecik terbatas la..tunggu la depa besaq 2 nanti boleh la snorkeling bagai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi skrg ni snorkel kat kolam bilik air kat rumah je dulu.

      Padam
  2. wah.teringin nak pergi sabah.tp belum ada rezeki lg..bajetnye ke lain..hihii..in shaa Allah akan ke sana juga

    jemput singgah blog sy :) http://www.yayacendana.com

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.