Benang Hijau dan Muslimah Clothing (MCC) Buat Warehouse Sale

Sempat lagi ni kalau nak serang Warehouse Sales Benang Hijau dengan MCC (Muslimah Clothing dot Com) yang bertempat di Bangi pada 25 sehingga 26 Februari. Semalam aku dengan Dhia dah serang event tu.

Nak jadi orang terawal la kononnya, tapi aku sampai agak terlewat sikit. Parking agak susah sikit la kalau lambat ni sebab kena parking jauh dari Warehouse Benang Hijau dan MCC ni. Macam aku semalam kira beruntung sebab kebetulan ada orang keluar dari parking dia, so aku terus la masuk parking tu.

Antara yang khusyuk memilih

Untuk sampai ke tempat ni senang je, just gunakan keyword Benang Hijau HQ kat Waze, sampai lah nanti tu betul-betul kat depan Warehouse Benang Hijau dan MCC. Kedudukan warehouse Benang Hijau dengan MCC ni saling berhadapan sebenarnya, jadi takde masalah untuk korang serang kedua-dua tempat ni dalam satu-satu masa tu. Takdelah letih nak cari parking untuk kali kedua.

Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique
Hari: Sabtu & Ahad
Tarikh: 25 & 26 Februari 2017
Lokasi: 2A, Jalan Perindustrian Suntrack, OFF Jalan P1A, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi

Jualan kat warehouse dah semestinya jauh lebih murah dari jualan sebenar kat luar tu. Jubah serendah RM50 dan tudung serendah RM5. Memang boleh borong. Oh ye, pada korang yang tak jumpa mesin ATM kat area ni, takyah risau.

Terus je warehouse ni cepat sebab kat Warehouse Sales Benang Hijau dan MCC ni korang boleh bayar guna debit atau kad kredit. Karang sibuk nak cari mesin ATM, lambat pulak sampai ke warehouse Benang Hijau / MCC ni.

Boleh bawak anak-anak dan adik-adik sekali sebab kat sini ada Bouncing Castle, Pertandingan mewarna dan Persembahan Didi & Friends. Cute je Didi & Friends menari-nari semalam. Memang kena serang la dengan budak-budak kat situ.

Happy betul aku tengok bebudak ni, yang mana aku pun turut jadi hepi. Kalau lapar pun jangan risau, kat sini ada banyak foodtruck yang berniaga. Boleh alas perut dulu sementara korang nak makan kat tempat lain. Yang penting apa? Shopping!





Lazada Malaysia

Artikel berkaitan dengan "Benang Hijau dan Muslimah Clothing (MCC) Buat Warehouse Sale"

5 10 Komen untuk "Benang Hijau dan Muslimah Clothing (MCC) Buat Warehouse Sale"

  1. Balasan
    1. tunggu yang lain kali punya ada lagi kot.

      Padam
  2. Shopping sakan wanita-wanita dalam gambar tu. Hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahaaa tu la pasal.... tetiba ada sy kat situ.. terpinga2 diaorang tengok.

      Padam
  3. Nasib baik dah tamat.. kalau leya tau ni... berbeg2 la otomen kene bwk..penuh kiri kanan..haha

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.