Review J Revolusi, Level Terbaik Filem Aksi Melayu

Sebenarnya aku agak fobia sikit nak review filem Melayu. Ada beberapa komen kecam dalam review aku sebelum ni untuk filem Volkswagen Kuning. Kalau aku tengok komen kat facebook tu memang ramai yang cakap 'agak meyakinkan' review aku tu, tapi kat artikel review tu sendiri mendapat kecaman 100% oleh anonymous .

Mungkin yang anonymous tu tak faham maksud pendapat peribadi aku kot. Sebab aku review berdasarkan pendapat peribadi aku yang suka tengok effort sesuatu kerja dilakukan. Kali ni, aku kembali dengan review filem J Revolusi.

Filem aksi melayu
Color Grading yang menarik

Tarik Minat Penonton Adalah Penting

Aku lambat sikit masuk wayang untuk filem J Revolusi ni, jadi aku tak boleh nak cakap sama ada starting filem ni boleh 'tarik' penonton untuk terus menonton atau tak.

Tapi masa aku masuk tu, memang dah masuk scene Zul Ariffin dalam satu bangunan nak selamatkan Dian (Lakonan Fazura). Babak tu je, memang Wow!

Aku ingatkan aku salah masuk panggung tadi. Jarang filem melayu yang ada babak yang agak serius seawal 15 minit cerita bermula (aku anggarkan aku lewat 15 minit).

Lakonan Mantap

Tahniah kepada pengarah (Zulkarnain Azhar) dan penerbit J Revolusi ni (Tengku Iesta Tengku Alaudin dan Gayatri Su-Lin Pillai) sebab berjaya wujudkan persepsi buruk aku terhadap watak Jiman lakonan Iedil Putra yang jadi ketua operasi dalam J Revolusi ni. Watak dia nih serius macam antagonis. Psyco gila babeng punya.

Ops maaf, Hans Isaac lagi pysco sebenarnya dalam filem ni walaupun sekejap je dia muncul. Berbalik kepada watak Jiman tadi, ramai kot penonton dah anggap dialah dalang dalam semua musibah dalam jalan cerita ni. Tapi korang kena tengok pengakhiran camna.

Oh ye, Izara Aisyah, halamak.... comelnya dia dalam filem ni (Watak Eddie). Comel sangat. Siapa yang nak tengok Izara beraksi tangkas berlawan dengan Zul Ariffin, inilah masanya. Dah lama tak muncul kat tv, tetiba buat comeback kat J Revolusi, pergh. Merecik 💦

Humor Matang dan Color Grading Cantik

Selain korang dipaparkan dengan babak aksi yang bertaraf international dengan color grading yang perfect membuatkan filem ni nampak 'International', babak humor pun tetap diselitkan dengan seimbang dan betul-betul menepati citarasa aku.

Serius aku katakan, humor dalam ni aku gelarkan humor yang matang. Tak kira la dari Azad Jasmin yang sememang kelakar gila babeng punya, malah dari Zul Ariffin sendiri pun ada buat humor jugak secara bersahaja.

Aku tak pernah suka Azad Jasmin punya lakonan sebelum ni yang nampak over, tapi dalam J Revolusi... You are very good bro! #kipidap. *Aku tertanya2 kenapa takde pun info pasal Azad Jasmin dalam IMDB untuk filem J Revolusi ni?

Kontra

Baik. Filem J Revolusi yang aku puji tak habis-habis ni tetap ada yang perlu aku kritik. Sebenarnya bukan aku je perasan, the whole penonton dalam panggung time tu memang perasan kot pasal benda ni. Masa babak ending tu, time Zul Ariffin (Jay) melutut kat Fazura (Dian), dari siang tetiba jadi malam. Sangat obvious.

Tapi mungkin memang babak tu Jay melutut lama gile dari siang sampai malam sebab Dian degil sangat. Mungkin? Antara lain yang semua 1 panggung perasan time Jay atas katil tu. Ok tak nak cerita lebih-lebih.

Rating

Aku bagi rating 9/10 untuk filem Melayu J Revolusi ni. Jangan cakap aku bagi rating tinggi sebab aku dibayar, takdenye dibayar pun. Ini ikhlas. Korang tengok sendiri lah 2 Mac 2017 ni baru tau. Kenapa 9/10? lagi 1/10 tu sebab babak yang agak 'cincai' kat ending tu.

Tapi jangan risau, babak tu tak bagi effect pun kat aku sebab secara keseluruhan memang sangat terbaik. Ini barulah filem melayu yang patut disokong. Tayangan start 2 Mac 2017. Please komen dibawah. Thanks.

Artikel berkaitan dengan "Review J Revolusi, Level Terbaik Filem Aksi Melayu"

18 10 Komen untuk "Review J Revolusi, Level Terbaik Filem Aksi Melayu"

  1. Pergghh 9/10...biaq betoi!!!

    Not Anonymous

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha! Kalau bagi aku best, memang aku bagi rating tinggi. Tapi ada beberapa kawan yang bagi rating 5/10 walaupun diaorang cakap best.

      Padam
  2. Setuju dengan review. Tapi saya paling kagun dgn keupayaan produksi masukkan UTK sebenar. Proud of malaysian police.

    BalasPadam
  3. satu lagi part yg masa lawan atas pagar tergantung.tuh . ada satu scene nmpk kon.polis yg ttup jalan tuh .

    BalasPadam
  4. memang fobia tgk filem melayu.. bukan tak support tapi... entah la

    BalasPadam
    Balasan
    1. I know that feeling. tapi try this J revolusi. thumbs up!

      Padam
  5. sy masih lg ragu-ragu sbb ada review lain di blog lain yg kecam jrevolusi apapun thank bt review dgn ikhlas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam yang sy cakap, review berdasarkan pov penonton biasa. Sy enjoy dgn filem ni.

      Padam
  6. Tak setuju dengan review... saya dah dimanjakan dengan Polis Evo, anything less than that memang tak boleh terima. Dari segi struktur jalan cerita dan perlaksanaan idea J-Revolusi ni memang fail.

    Idea ada, tapi execution lemah, bercelaru. Macam tak siap pun ada. Dialog 'cringey' habis, macam drama pukul 7. Tak normal, tak macam percakapan kau seharian. Kerja kamera, ada kala cantik, tapi kebanyakannya macam sinetron Indonesia. Filem aksi apa pakai kerja kamera macam ni? Kalau pengarah fotografi dia sama dengan Polis Evo memang aku kecewa habis. Aku memang dah lemau habis tengok kamera gaya sinetron ni. Kau memang tak dapat menghayati scene pun. Kalau Polis Evo, kau siap dapat hargai teliti betul kerja orang props dia, susun atur barang di background. Walaupun nampak sepah, tapi ada rasa teliti dan seni dia. Macam filem Hollywood. (Tak tahu la sengaja atau tak sengaja, harap tuan pengarah dia boleh cerita sendiri :p)

    Zul Arifin tak konsisten dalam filem ni. Kadang nampak memang betul2 hidup karakter dia, mostly nampak macam dia berlakon nak tak nak je. Aku pernah tengok satu drama dia dengan Siti Saleha ni (tak ingat tajuk) memang hidup dia bawa masa tu. Aku start respek dia, dah improve banyak sejak Gerak Khas, tapi dalam filem ni teruk balik. Apahal "main actor" boleh berlakon gitu2 je?
    Orang mungkin tak suka Izara Aisyah, cakap macam2 pasal dia. Tapi aku respek penghayatan watak dia. Nampak memang dia Eddie, boleh rasa stress dan sakit dia, feeling dia. Tak nampak dia "Izara Aisyah" dalam filem ni. Shout out to Farid Kamil, walaupun filem teruk, dialog cringey, tapi dia masih dapat hidupkan watak. Cara dia lontarkan dialog pun memang lain dari pelakon2 yang ada dalam filem ni. Terasa padu. Fazura, great actress, but I understand if she can't bring her best. The script is just isn't that good. She's going down with the film, and can't pull off her character.

    Tapi ada satu benda aku boleh respek, mekap dia. Memang menjadi. Bab mata lebam, luka2, buang peluru dari badan, lepas tu jahit balik, yang ni memang setanding filem luar.

    They said they got special guidance from Andy Lau, but man... Infernal Affairs is 100 folds better than this. Maybe they didn't get Andy Lau's actual memo.

    Taraf filem ni pada aku lagi teruk dari B-Movie Hollywood. Kutip 2 juta dalam 4 hari? Good for you, but this film is really a disappointment on quality. Maybe your viewers just want to have some escapism without a care about the whole thing. Or maybe your viewers were blinded by the names you put in your movie. But not me. I have been anticipating and waiting and supporting our local film to rise to whole another level.
    I'm leaving the theatre disappointed, confused and want my money back. Not even worth the admission price. But the hall was full today though, LOL!

    *balik rumah, pasang balik Polis Evo. untuk sedapkan diri dari kekecewaan tonton J-Revolusi*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju ngan pendapat ni, setaraf international tu kat mana ntah?.. yg aku tgk byk sgt silap sana sini, dialog yg dibuat2, expresi hero n Fazura juga fail, farid kamil mati jatuh tu aku terkejut mana dtgnya kereta, jika kereta tu dtg laju takkan terus berhenti?.. gerak UTK juga nmpk mcm keras, maaf ckp jika anda pernah tgk muzik video peter Pan, bintang di sorga rasanya lagi mantap pasukan gerakkhas mereka..

      Maaf bagi aku polis evo bukan lah hebat sgt, tapi lagi ok dari cerita ini, bkn nak kutuk filem melayu tapi jika ada kaki tgk filem aksi indonesia, korea, russia, amerika, british, jepun, perancis mcm aku ni, kompem pilem ni akan buat kamu balik rumah di pertengahan cerita.. aku bagi 3 bintang dari 10. Maaf.

      Padam
  7. Aku rasa polis evo mantap lagi. Betul jln cter J celaru..

    BalasPadam
  8. Hehehe.. ok je. Pendapat memasing.

    BalasPadam
  9. x payah tgk la kt pawagam rugi je
    cite mcm hampeh...ada ke masa tgh jalankan misi boleh wat lawak bodoh...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.