Lampu Meja Sesuai Untuk Buat Kerja dan Belajar Philips Eco Lamp

Dalam banyak-banyak barang yang aku dapat dari Surprise 5th Birthday Box Lazada, aku pilih Lampu meja Philips Eco Lamp untuk aku bebelkan. Nampak macam lampu meja biasa je kan? Memang lampu meja biasa pun. Tapi ada beberapa ciri yang membuatkan lampu meja Philips Reliable Lighting ni berbaloi untuk dibeli. Untuk beli lampu Philips Reliable Lighting ni, elok gunakan link yang aku sediakan sebab datang dengan pakej 2 biji mentol sekali.

Lampu ini ikut resmi padi.. heheheh

Lampu Boleh Tukar Warna

Kelebihan pertama untuk Lampu Meja Philips Reliable Lighting ni adalah kebolehannya menukar warna. Cuma picit butang kat belakang lampung tu je dia boleh tukar warna. Sekali tekan jadi warna putih, sesuai bagi yang nak buat kerja atau ulangkaji pelajaran. Tekan butang tu lagi sekali dia akan bertukar jadi kuning, sesuai untuk timbulkan mood untuk tidur.

Warna putih, memang terang
Mentol yang sama, jadi warna kuning.

Boleh Laras Lampu ke Arah Yang Kita Suka

Selain dari kita boleh hala secara tepat ke arah objek, lampu ni jugak boleh diadjust lehernya kemana-mana arah. Memang fleksibel sangat. Kalau untuk lighting nak vlogging ni memang awesome. Boleh hala ke atas, boleh hala ke bawah, dan boleh hala ke tepi untuk effect lighting kat video tu.


Design cantik

Tak dinafikan, rekaan dan design dia memang cantik dan modern. Aku lebih suka panggil design minimalist. Tak nampak serabut malah tak nampak pun kat mana butang on off dia. Cuma wayar la nampak serabut. Itupun kalau pandai kemas takdelah nampak serabut kan?

Tapak lampu yang agak berat, so kukuh la dia.

Butang on off dan tukar cahaya lampu yang kemas disorokkan.


Harga Yang Berpatutan

Harganya untuk Philips Reliable Lighting ni lebih kurang RM135 termasuk dengan 2 biji Mentol Philips Eco Lamp. Kalau beli Philips Reliable Lighting je, rasanya lebih kurang RM70 ke RM80. Adalah lebih elok beli yang pakej dengan 2 biji mentol sekali.



Kualiti Binaan Meyakinkan

Design dah smart dengan effect matte pada cat badan lampu ni, kualiti binaannya pun memang kemas dan berkualiti. Dah memang gah dengan jenama Philips, takkan lah nak bagi kualiti cikai betul tak?

Cara Pasang Yang Sangat Senang

Aku ingatkan nak tengok buku manual cara nak pasang. Memandangkan manualnya pun dah habis dikoyakkan kucing aku, jadi tak perlu la pasang nak tengok manual bagai. Cuma perlu pasang kepada dia pastu pasang mentol. Haaa senang kan? Perlu baca manual? hahahaha!

Sempena dengan Ulangtahun Lazada yang ke5 22 Mac sampai 24 Mac ni, korang cuba serang laman web Lazada tu. Kesemua barang akan dijual pada harga yang murah. Betul. Kadang-kadang dia punya murah macam tak masuk akal. Cuba dulu baru tau. Singgah Lazada sekarang.

Haritu artikel kat bawah ni semua viral tau!:

14 10 Komen untuk "Lampu Meja Sesuai Untuk Buat Kerja dan Belajar Philips Eco Lamp"

  1. Balasan
    1. alaaaa dah ada orang lain yang book.

      Padam
  2. Takutnya nak belik2...takut terbeli je. Lampu belajar ni boleh gak buat lampi tido rasanya.. Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. lampu ni tak sesuai untuk lampu tido. sebab terang sangat.

      Padam
  3. tapi kenama letak lampu depan skrin?? hmmmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak letak kat dinding... tapi tak cantik... heheehhehe

      Padam
  4. salam kenalan. Siapa yang suka tido lewat buat kerja waktu malam sesuai guna lampu ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah, tapi saya ok je kalau guna lampu biasa. Nanti nak try guna lampu ni untuk buat keja lewat malam.

      Padam
  5. Balasan
    1. itulah... mungkin nanti satu masa sy akan gunakan....

      Padam
  6. cantikla, lampu philips insyaAllah berkualiti

    BalasPadam