Lazada Nak Sambut Birthday Tapi Aku Yang Dapat Hadiah

Kalau sebelum ni +Dhia Vivadea terima kotak Find Joy In Every Parcel dari Lazada untuk kempen Online Revolution, kali ni aku pulak terima Surprise Box dari Lazada bersempena Birthday Lazada yang ke 5.

Kalau orang tanya camna boleh dapat hadiah dari Lazada ni? Aku sendiri pun takde jawapan yang pasti.

Yang aku ingat +Hasrul Hassan pernah share borang Lazada untuk diisi oleh blogger. So aku pun isi lah dengan pantas.




Macam tak logik pun ada jugak sebab yang sambut hari lahirnya Lazada, tapi yang dapat hadiahnya aku. Camtu kot lumrah kalau hari lahir. Siapa birthday boy/girl, maka dia kena open table. Dan kali ni Lazada memang buat Sales besar-besaran sempena dengan 5th Birthday Surprisenya. Korang bersiap sedia untuk serang laman web Lazada pada 22 sehingga 24 Mac 2017 ni sebab Lazada nak bagi harga gila murah punya just untuk hari itu sahaja.

Kotak Lazada yang sampai kat aku agak lewat berbanding blogger lain.

Masa kurier tu hantar kotak ni aku takde kat umah, masih terperangkap kat jem simpang tol seremban tu ha. Aku mintak Brader Kurier tu campak je parcel tu ke dalam pagar. Eh betul-betul dia buat. Aku ingat dia nak tunggu aku kejap. Sebab time tu aku cuma lewat 2 minit selepas dia call aku tu. Tapi syukur sebab semua yang ada dalam kotak Surprise Box 5th Lazada Birthday ni selamat dan tiada sebarang kerosakan. So inilah dia, aku persembahkan sesi unboxing Kotak Kejutan Lazada bersempena Hari Ulang Tahun ke 5 Lazada.

Harap menang anugerah cara unboxing paling gore!

Philips Reliable Desk Lighting

Nestle Cheerios Oat Crisp

A5 Memobottle BPA Free Stylish Memo Bottle Water 420ml (LAZADA)

Nestum 3 in 1 Banana Caramel

Philips Fuzzy Logic Rice Cooker

Maggi Hot Cup Curry

 Nestle Omega Plus Milk with Oat 

Sekarang layan video pulak. Fuhhh Effort setiap blogger tu yang penting. Terima kasih +Lazada Malaysia


Artikel berkaitan dengan "Lazada Nak Sambut Birthday Tapi Aku Yang Dapat Hadiah"

4 10 Komen untuk "Lazada Nak Sambut Birthday Tapi Aku Yang Dapat Hadiah"

  1. banyaknya hadiah..ada rice cooker lagi tu..

    BalasPadam
  2. Best la bro dpt adiah... Otomen belum berkesempatan lagi

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.