Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia

Kalau di Singapura, sebut je Fatimah Mohsin memang dah sinonim dengan rekaan fesyen untuk pakaian pengantin. Jenama Fatimah Mohsin itu sendiri memang sudah gah di Singapura namun ianya kini makin mengembangkan pengaruh ke Malaysia dalam bidang fesyen rekaan pakaian pengantin bersama rakan fesyen seperti Syaiful Baharim, Rizman Ruzaini, dan FiziWoo.

Aisyah Aziz di Pertunjukan Fesyen Fatimah Mohsin

Fatimah Mohsin yang sudah berkecimpung dalam dunia fesyen selama 18 tahun ni berbangga sebab dapat melancarkan rekaan terbaru kat Kuala Lumpur dan ianya dianggap sebagai langkah yang bijak dan ianya merupakan peluang perniagaan yang cukup bagus. Dengan pengalaman selama 18 tahun, langkah ini dianggap sebagai satu titik tolak kepada mengekalkan jenama Fatimah Mohsin untuk terus relevan dalam dunia fesyen lebih-lebih lagi fesyen pakaian pengantin.



After a successful inaugural fashion runway show at the Islamic Fashion Festival in 2014,Fatimah is set to showcase an array of bridal designs in basic hues of exquisite fabrics, delicately crafted with 3D laces and beadings which exhibits a regal and lush appeal.

Masa berlangsung peragaan fesyen tu, aku just boleh nampak warna kain, dan kekemasan fesyen hahhaha! Lainlah +Dhia Vivadea yang sememangnya tenggelam dalam dunianya bila tengok fabrik dan fesyen sebab dah ini memang kegilaan dia. Sebut je jenis kain, beading, dan lain-lain yang berkaitan, semua dia arif. 


Selain persembahan fesyen, apa yang aku tertarik masa event ni adalah persembahan artis semasa sesi peragaan fesyen tu. Seorang yang vokalnya mantap iaitu Aisyah Aziz menyerikan lagi pertunjukan fesyen Koleksi Pakaian Pengantin Fatimah Mohsin. Ramai lagi artis yang datang tapi bukanlah buat persembahan antaranya Faradhia, Siti Nordiana, dan seorang Vlogger dari Singapura iaitu Nadia (MunahHirziOfficial).

Alahai cantik bebenor Aisyah Aziz ni.

Berbalik pada fesyen yang dipersembahkan oleh Fatimah Mohsin, beliau akan meneruskan rekaan terbaik dan akan terus komited membuatkan bakal-bakal pengantin teruja dan kagum dengan rekaannya. Beliau sangat-sangat passionate dalam dunia fesyen dan gembira untuk memperkenalkan rekaannya bukan saja kat Singapura tapi seluruh rantau lebih-lebih lagi Malaysia. 

Fatimah Mohsin















Haritu artikel kat bawah ni semua viral tau!:

4 10 Komen untuk "Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia"

  1. baju kahwin...

    macam best juga ..

    semoga ia menjadi inspirasi untuk orang yang masih bujang untuk cepat kahwin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul semoga jadi inspirasi untuk bakal pengantin untuk persandingan nanti. Tapi memang koleksi fesyen baju pengantin Fatimah Mohsin ni semua cantik dan lawa.

      Padam
  2. cntiknyaaaaaaa collection dia semua!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. memang banyak pilihan kot fashion baju bridal Fatimah Mohsin ni. Semua cantik dan ikut trend terkini. ecewah

      Padam