Kembangkan Bisnes Dari Offline ke Online ke Offline ke Radio Suratkhabar dan TV

Sejak aku mula menjinakkan diri dalam kumpul database email tahun lepas, aku mula fokus pada list email yang targeted, maksudnya aku mula untuk kumpul database mengikut niche yang fokus, bukan yang general.

Buat masa sekarang ni aku baru kumpul database untuk niche gajet/teknologi dan fesyen je. Ada jugak senarai database khas untuk pembaca blog ni yang mana form untuk squeeze data pembaca tu dah terdelete baru-baru ni dan aku masih belum buat yang baru.

Tak sangka aku dapat kumpul lebih 100 senarai email untuk pembaca blog ni. Maksudnya lebih 100 orang sudi isi form tu tanpa aku offer sebarang hadiah. Thanks.

belajar fbads
Trainer SifuFBads Safwan.

Pentingnya Database Untuk Tujuan Sales


Zaman sekarang ni (sebenarnya dari zaman dulu lagi), database memang penting. Lagi-lagi bagi peniaga. Dengan database peniaga boleh repeat sales mereka berkali-kali. Kenapa nak susah-susah dapatkan sales dari pelanggan baru sedangkan korang boleh dapatkan sales dari pelanggan sedia ada.

Tapi sayangnya lebih 80% peniaga kat media sosial (facebook, instagram, wechat, dan lain-lain) tak ada database. Maksudnya apa? Mereka ni hanya menjual pada pelanggan baru setiap hari. Mungkin ada yang fikir ada fanpage jutaan likers tu dah memadai, ada follower yang ramai kat facebook dan instagram dah power untuk buat sales.

Ye betul, tapi lagi power kalau kita dapat database pelanggan dari medium ni untuk kegunaan akan datang.

Kat Mana Nak Dapat Database?

Aku tak nak cerita pasal pemasaran email buat masa ni, yang mana kita dapatkan senarai email pelanggan sebagai database. Tak semua orang paham dan sabar tentang flow pemasaran email. Tapi aku nak bagitau sebenarnya kita boleh 'beli' database dari seorang yang sangat power kat dunia ni.

Dia simpan database aktif sebanyak 1.86 billion setakat tahun 2016. Kita bayar sikit kat dia, kita dapat a very targeted person atau customer yang kita nak! Tak lain dan tak bukan.. Mark Zuckerberg. Ye, dia ada 1.86 billion user kat facebook.

Kita cuma perlu bayar kat facebook sikit untuk dapatkan super targeted customer untuk jual dan sampaikan apa-apa info kat user yang kita nak tu dengan cara beriklan kat facebook. Ada sesetengah orang dah mula fikir "owh tak perlu la aku kumpul database email sebab aku cuma perlu bayar facebook je untuk dapatkan customer." Memang betul, tapi..... Teruskan bacaan.

Duit Melebur Di FB ads?

Aku yakin ramai tau pasal fbads bila aku sebut pada pengiklanan facebook ni. Tapi sebenarnya ramai kecundang dalam menggunakan platform fbads ni sebab takde ilmu cara nak guna. Dalam kalangan peniaga yang guna fbads ni ramai yang dah spend duit berpuluh ribu tapi pulangannya tak memberangsangkan.

Malah ada yang langsung takde ROI. Nak guna fbads pun memang kena belajar cara nak guna supaya kita dapat mengoptimakan duit yang dilaburkan dan mendapat pulangan yang berbaloi dan menguntungkan.

Belajar Pengiklanan Facebook

Untuk belajar ilmu fbads kat Malaysia ni, memang tak perlu diperkenalkan pun orang dah tau. Namanya memang cukup tersohor dalam pengiklanan facebook iaitu SifuFBads yang diasaskan oleh Sifu Jamal.

Sebenarnya dalam kelas SifuFBads, trainer bukan sekadar tunjukkan cara guna fbads dengan cara yang betul malah mereka akan diajarkan strategi dalam membina dan kembangkan perniagaan.

Kalau pada aku, once kita dah pandai fbads langkah seterusnya adalah untuk kembangkan perniagaan dari online ke offline, dari offline ke online, dari internet ke Surat Khabar, ke Billboard, ke radio dan ke iklan TV. Semua strategi ni memang akan didedahkan dalam SifuFBads.

sifuFBads
Seminar Intergrated Marketing SifuFBads.

Siri Jelajah Sifu Fb Ads 2017

Untuk tahun 2017, SifuFBads akan buat siri jelajah Malaysia untuk menyampai di samping berkongsi ilmu tentang pengiklanan Facebook kepada seramai mungkin orang yang berada diluar kawasan Kuala Lumpur.

Antara kawasan jelajah yang dah dilaksanakan adalah Johor Bahru dan Kota Bharu dan sambutannya memang sangat menggalakkan. Maka dengan sebab itulah siri jelajah SifuFBads akan diperluaskan lagi ke Pulau Pinang iaitu pada 22 April, Kuala Lumpur pada 29 April, Shah Alam pada 6 Mei, Kota Kinabalu, Kuantan dan Ipoh yang masing-masing belum ditentukan tarikhnya. (akan diupdate di page SifuFBads)

Tag sebelum masuk seminar

Langkah Permulaan Berimpak Tinggi

Masa sidang media tadi, ramai usahawan berjaya yang menggunakan teknik FBads dengan cara yang betul hadir kat majlis sidang media ni antaranya owner De'Xandra, Marshmallowscarf, Caryazara, Mamadil dan ramai lagi.

Cuma aku sempat berborak dengan owner Dary Hq yang mengeluarkan produk teh detox. Apa yang aku dapat simpulkan dari sesi borak santai dengan usahawan-usahawan ni adalah mereka bermula dari kosong dan sekarang dan ada funnel untuk sales dan perniagaan diaorang.

A post shared by adzril (@adzrilmaizan) on

Ilmu Wajib Untuk Peniaga Facebook

Kepada peniaga yang menggunakan platform facebook kat luar tu, ini adalah satu-satunya ilmu WAJIB ada pada korang. Jangan terjun terus guna fbads kalau takde ilmu lagi. Biar modal setinggi Gunung Everet pun tanpa ilmu perniagaan memang akan habis semua modal tu tanpa sebarang keuntungan.

Jadi pastikan iklankan perniagaan korang pada jalan yang betul dan efisien. Kat sinilah pentingnya pembelajaran untuk mendapatkan ilmu tu.

Buku 7 Steps FB Ads For Business Owner

Oh ye, pihak SifuFBads akan memberikan senaskah buku bertajuk 7 Steps FB Ads for Business Owner secara percuma untuk setiap peserta yang menyertai SifuFBads. Buku ni ditulis sendiri oleh pihak SifuFBads.

Ok2, sebenarnya buku ni akan diberikan secara PERCUMA pada mereka yang berminat. Bagi yang berminat tu boleh lah ke www.sifufbads.com/7step. Ingat ye PERCUMA!



A post shared by adzril (@adzrilmaizan) on


Rekomendasi dan Nombor Untuk Dihubungi

Ok guys, seriusly korang yang berniaga kat facebook atau instagram WAJIB untuk join seminar ni walaupun bisnes korang kencang.

Sebab macam yang aku terangkan awal-awal tadi, seminar ni bukan semata-mata belajar guna FB ads tapi yang lebih penting camna nak kembangkan lagi perniagaan. Ramai je orang sales masyuk hari-hari, tapi camtulah jelah bisnesnya setiap hari, dan setiap tahun tanpa ianya berkembang. Stagnant.

Untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran korang boleh call pihak sifuFBads kat nombor ni 03-90554938.

Artikel berkaitan dengan "Kembangkan Bisnes Dari Offline ke Online ke Offline ke Radio Suratkhabar dan TV"

6 10 Komen untuk "Kembangkan Bisnes Dari Offline ke Online ke Offline ke Radio Suratkhabar dan TV"

  1. Wahhhh bestnya byk ilmu. keNa belajar ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah nanti aku share kt youtube.

      Padam
  2. Wah bestnya kalau pandqi kembangkan bisnes dari online ke offline pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti boleh punya. Mula2 kena pandai fbads dulu pastu kumpul database.

      Padam
  3. Bisnes perlukan publisiti dan promosi bro..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.