Nak Stay kat The Straits Hotel and Suites Sebab Mewah Tapi Murah

Dalam aku sibuk nak bercuti and travel ke luar negara konon-kononnya, aku terlupa untuk jelajah Malaysia dulu. Aku beruntung sebab dapat join event-event blogger sepanjang tahun 2016 antaranya yang paling aku ingat adalah ke Perak. Teringin jugak pergi Melaka, tapi sebenarnya aku tak tau tempat yang wajib pelancong pegi kalau bercuti ke Melaka.


Kalau berjalan atau bercuti ke Melaka sendiri-sendiri memang la aku tak tau menahu langsung. Boleh jadi sesat ntah kemana. Tapi aku beruntung sebab Farah ajak aku jenjalan ke Melaka memandang dia memang pakar betul semua tempat-tempat kat Melaka. Sampaikan mee goreng mamak mana yang sedap dia boleh tahu.

Paling dasyat dia boleh jadikan perjalanan kat sekitar Melaka tu macam tak berjalan kat Melaka pun sebab dia pandai elak jalan-jalan yang ada banyak trafik light. heheh!

Nak dijadikan cerita, maka aku, Dhia dan Farah pun berangkatlah ke Melaka ni. Agak petang jugak la sebab pagi tu memang kitaorang ada event. Hotel memang dah dibooking ngan si Farah tu ha kat The Straits Hotel and Suites Melaka.

Aku ada jugak google-google hotel ni. Nampak macam boleh tahan mewah. Cuma aku tak taulah bilik yang Farah booking untuk aku ngan Dhia ni bilik yang camna. Kami sampai kat Hotel tu dalam jam 6 petang yang mana kami sama-sama mengharung jem kat Bandar Melaka tu memandangkan haritu hari Jumaat dan waktu tu waktu orang balik kerja. Memang penat.

Tapi bila sampai je kat Hotel The Straits Hotel and Suites tu, MasyaAllah, cantiknya hotel. Parking pun senang, memang dah tersedia parking dia kat dalam bangunan hotel tu sekali.

Ok berbalik kat hotel The Straits Hotel and Suites ni, serius nampak mewah. Paling aku teruja bila aku masuk je bilik Premier Suites yang si Farah dah booking kan tu, terus aku rasa nak lepak kat situ selama seminggu tak nak keluar. Luas gile!

Premier Suites
Ko tengok, ada dapur, ada sink ada meja makan. Tu baru kat pintu masuk.

Pastu aku cuba cek cek harga kat web The Straits Hotel and Suites tu. Mak aihhh! Murah weh RM195 je untuk bilik seluas tu? Ada ruang tamu, ada mini bar, ada bathtub. Kalau nak bubuh 5 orang dewasa pun boleh dalam satu bilik Premier Suites ni.

Tapi angan-angan aku untuk stay kat situ lama-lama tak kesampaian sebab si Farah n Dhia ajak keluar jenjalan sekitar Bandar Melaka. Tapi ye lah kan, takkan la datang ke Melaka semata-mata nak stay kat dalam bilik Hotel tu je kan?

Hotel di Melaka
Ni kat ruangan TV pulak. Ada sofa yang silap2 korang leh tidur kat sini sambil tengok tv.

Malam tu sebenarnya tak kemana pun sebab kami bertiga dijamu dengan hidangan buffet kat Tingkat atas Hotel The Straits nih. Camna nak cakap ye dia punya indah tu. Bilik dah cantik and selesa pastu makanan dia pulak buat aku rasa nikmat hidup tu sangat indah.

Buffet makan malam ni cuma ada hari Jumaat malam Sabtu dengan Sabtu malam ahad je. Setiap minggu. Yang bestnya kami makan kat sebelah swimming pool yang infinity pool tu. Damai dan Nyaman.

Hotel Straits and Suites Melaka
Kami makan Buffet dinner kat sini
Ini baru sebahagian yang kami makan

dinner buffet

dinner buffet

Desert, alahai kecur air liur..

Yang ni aku makan 2 kali. Sedapnya sampai tak tau nak cakap apa.

Esok paginya, lepas je sarapan pagi kat tingkat bawah, aktiviti mandi swimming pool pun dilaksanakan. Seriusly aku rileks je sebab memang tak pandai berenang plus aku mengantuk sebab dapat makan breakfast yang superb sedapnya. * Tak abes abes memuji ni kenapa? hahahahah!

So aku layankan je la si Dhia ngan Farah main kolam renang while aku jaga barang peribadi diaorang kat luar kolam renang tu. Last sebelum diaorang naik baru aku basahkan diri wat cukup syarat je.

Lepas berenang sepatutnya rehat sebab penat, tapi diaorang tak nak rehat. Terus bersiap untuk keluar jalan-jalan sekitar Bandar Melaka tu. Jalan kaki je okay dari Hotel Straits ni. Banyak je tempat best kat sini. Turun-turun je dah jumpa mamak. Jalan depan sikit dah jumpa Starbucks. Tak perasan tetiba kami dah sampai kat Bandar Hilir. Eh memang dekat je lah.

A post shared by adzril (@adzrilmaizan) on


So far Hotel The Straits Hotel and Suites ni aku puas hati. Dari segi harga, keselesaan semua okay. Tapi ada beberapa perkara yang agak mengganggu aku iaitu kesesakan dalam hotel pada waktu tu. Kebetulan waktu tu ada rombongan pelancong dari mana ntah aku tak hingat dia punya havoc naik pening.

Tahniah kat bahagian dapur sebab dapat asingkan sarapan pelancong havoc tu kat tempat lain. So dapat la kami breakfast dengan tenang hari tu.

A post shared by adzril (@adzrilmaizan) on
Punyalah tenang, sampaikan si Farah boleh tebar roti canai kat sini. Roti ni dia makan sendiri tau.

Dari segi harga memang tak dapat dinafikan antara yang paling berbaloi dengan ruang yang luas dan selesa. Memang boleh sumbat 5-6 orang dewasa lagi dalam Primier Suites tu cuma sarapan cuma untuk 2 orang je lah hehehe!

Nanti klu ke Melaka lagi (banyak lagi tempat aku tak jelajah termasuk nak cari asam pedas kat sini) aku akan stay kat hotel ni. Aku suka!

Haritu artikel kat bawah ni semua viral tau!:

4 10 Komen untuk "Nak Stay kat The Straits Hotel and Suites Sebab Mewah Tapi Murah"