Servis Perodua Viva dengan Minyak Enjin Moto7

Aku adalah antara manusia paling menepati masa untuk servis kereta atau motorsikal aku.

Bukan apa, enjin kereta atau motor ni once dia dah bunyi kasar sikit memang pemanduan jadi tak best. Kurang umph! dia. Sebab tu kita wajib tukar minyak enjin setiap 5000KM untuk kereta dan motorsikal kita.

Tayang Moto7 kat enjin Perodua Viva (yang tak basuh)

Kekerapan Tukar Minyak Enjin

Ada yang cakap kalau motor kena tukar setiap 1000km sekali. Boleh tahan kerap kena tukar la kalau ikut rules tu.

Dulu memang aku tukar setiap 1000km sekali tapi sekarang aku tukar setiap 5000km sekali untuk motorsikal.

Untuk kereta memang maintain tukar minyak enjin setiap kali 5000km.

Cuma kekadang terlebih sikit lajak ke 7000km hehehe!

Kriteria Pilih Minyak Enjin

Ok, masuk bab minyak enjin. Aku tak cerewet bab minyak enjin ni.

Asalkan harganya murah dan kena pada spesifikasi dan kesesuaian pada enjin, aku guna je.

Pada aku semua minyak enjin sama je melainkan gred sintetik dan semi-sintetik.

Minyak Enjin yang ni sesuai untuk Perodua Viva

Beza Kelikatan untuk Kesesuain Pada Enjin Bermotor

Untuk motorsikal KTM RC 200 aku memang aku still guna minyak motorex sebab itu yang dibekalkan oleh bengkel KTM dan aku takde pilihan lain selain guna minyak enjin tu untuk motorsikal aku. Aku ada buat artikel berkenaan rutin maintenance KTM RC dalam blog ni.

Tapi untuk kereta Perodua Viva aku gunakan minyak enjin jenama Moto7 Prestige Motor Oil.

Sebenarnya aku niat nak bubuh kat KTM RC aku tapi sebab kelikatan Moto7 Prestige Oil ni adalah SAE 10w30 maka ianya adalah sangat sesuai untuk enjin Viva atau Kelisa atau kancil.

Berapa liter minyak hitam untuk Viva

Dan isipadu untuk Moto7 Prestige Motor Oil SAE 10w30 ni adalah 3 liter yang mana memang tepat untuk enjin Viva, Kelisa atau Kancil yang menggunakan enjin 3 silinder.

KTM RC 200 aku satu silinder je dan hanya memerlukan 1.4liter minyak enjin yang mempunyai grade 20w 50 sekurang-sekurangnya.

Tak jadi nak guna Moto7 Prestige untuk KTM RC sebab tak sesuai

Moto7 Prestige Motor Oil Harga Yang Murah

Salah satu sebab aku guna minyak Enjin Moto7 Prestige Motor Oil ni sebab harganya.

Cuma RM59.40 termasuk SST (6%). Penapis minyak pulak lebih kurang RM15 (Original Perodua) dan labour lebih kurang RM15.

Total kos untuk servis kereta lebih kurang cuma RM90.

Itu memang harga standard servis kereta Perodua Viva atau Kelisa atau kancil.

Kalau pandai buat sendiri lagi jimat.

Jenama Tak Penting, Yang Penting?

Sebenarnya jenama mana pun yang korang guna tak penting.

Yang penting bagi akulah, kena tengok pada kesesuaian enjin kereta, tengok pada kelikatan (viscosity) minyak dan yang paling penting harga dan tukar minyak enjin pada waktu yang sepatutnya.

Jangan langsung tak tukar minyak enjin pulak, memang aku menempah enjin half-cut la untuk kereta Viva aku tu.

Siri Lain Minyak Pelincir Untuk Enjin Bermotor

Cerita pasal minyak enjin Moto7 Prestige Motor Oil 10w 30 (kod 7004) ni, sebenarnya syarikat pengeluar minyak enjin ni dah beroperasi sejak tahun 2010.

Kilang pengoperasian kalau tak silap kat Pandamaran Klang dan pejabat kat Wangsa Melawati Kuala Lumpur, nombor telefon dan faks 03-41614321.

Selain dari Moto7 Prestige Motor Oil 3L ni, banyak lagi siri minyak enjin yang dikeluarkan oleh Syarikat Moto7 Distribution Sdn Bhd ni.

Ada minyak enjin 1L, 3L, 4L, 18L dan 209L untuk kegunaan kenderaan berat atau ringan.

Moto7 sesuai untuk enjin kereta Perodua yang guna 3 silinder macam Viva, Kelisa dan Kancil. Oh Kenari pun.