Cara Mudah Buat Link Affiliate Lazada

Tak sangka ramai pulak tanya camna nak buat link affiliate Lazada. Mula-mula dulu aku pun tak tahu langsung camna nak buat link affiliate Lazada ni sebab stepnya agak rumit. Tapi memandangkan banyak barang dan produk dari Lazada ni yang best-best, so aku gagahkan diri untuk belajar camna cara buat link affiliate dari Lazada ni.

Untuk tutorial ni aku konsider korang dah ada akaun affiliate Lazada. Kalau belum ada korang boleh register kat laman Lazada Affiliate Program.

Langkah 1 : Masuk ke Laman Affiliate Lazada

Langkah pertama untuk create link affiliate Lazada ni adalah dengan masuk ke laman affiliate Lazada dan login.

jadikan link affiliate lazada
Langkah 1 : Masuk ke Laman Affiliate Lazada

Langkah 2 : Cari Menu Offers

Bila dah login, pergi kat menu OFFERS sebelah kiri tu, tunggu dropdown menu, dan klik kat Browse.
buat link affiliate camna
Langkah 2 : Cari Menu Offers

Langkah 3 : Taip "My Deeplink"

Seterusnya, taip deeplink (atau My Deeplink untuk Malaysia) kat ruangan carian tu (rujuk gambar bawah ni) dan tekan enter. Lepas tu klik kat link My Deeplink Generator (seperti gambar dibawah).
klik pada my deeplink
Langkah 3 : Taip My Deeplink

Langkah 4 : Paparan Untuk Buat Link Affiliate Lazada

Lepas tu korang akan dibawa ke paparan ini. Ok stop kejap. Tak perlu buat apa-apa kat sini. Saje nak tunjuk paparan My Deeplink Generator ni hehehehe!
masukkan produk lazada punya url
Langkah 4 : Paparan Untuk Buat Link Affiliate Lazada

Langkah 5 : Pilih Produk di Laman Lazada dan Copy Url

Sekarang tiba masanya untuk kita cari produk apa yang kita nak promot tu. Apa lagi, masuk la web lazada tu dan carilah mana-mana produk yang kita nak promote. Contohnya macam produk Wireless Boya Mic ni, masuk ke produk tu punya sales page, dan copy Url secara keseluruhannya.

copy url produk lazada
Langkah 5 : Pilih Produk di Laman Lazada dan Copy Url

Langkah 6 : Paste Url ke dalam Ruang Add Deeplink

Lepas dah copy url produk tu tadi, pergi balik ke halaman affiliate yang kita dah bukak tu. Klik pada tulisan/perkataan Add Deep Link, seterusnya paste url yang dicopy tadi ke ruangan Add Deep Link.

Selepas paste url dalam ruangan tu terus klik pada butang + (tambah). Tunggu sekejap dan link affiliate Lazada korang siap kat bahagian Your Tracking Link.

Perhatian! Link affiliate yang generated ni akan mula boleh diakses selepas 5 minit (lebih kurang) selepas ianya dijana. So jangan panik kalau link tu macam kosong je.

*Abaikan ruangan lain yang aku tak sebut.
tekan pada Add Deeplink
Langkah 6 : Paste Url ke dalam Ruang Add Deeplink

Mula Promote Produk Lazada dan Update Artikel Lama

Sekarang korang dah boleh gunakan url tu untuk promote produk lazada dalam artikel korang. Cer cek balik artikel-artikel korang sebelum ni, manalah tahu ada yang korang sebut pasal sesuatu barang tu boleh lah korang update artikel tu dan letakkan link affiliate Lazada ni.

Lepas ni aku akan tunjukkan pulak camna cara untuk buat Carousel Banner kat artikel seterusnya. Yang ni lagi cantik weh. Siap boleh letak banyak-banyak produk dalam banner tu.

Artikel berkaitan dengan "Cara Mudah Buat Link Affiliate Lazada"

4 10 Komen untuk "Cara Mudah Buat Link Affiliate Lazada"

  1. link dh dpt tpi knp bile kita copy link tu then paste kat new tab and then enter. dy blank je

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyer.. dia amik masa dalam 5 minit baru boleh pakai link tu.

      Padam
  2. Mekasih banyak2 atas respon pantas segera, lebih segera dari mee segera, respon anda di group bbn dan entri ni menjimatkan masa aku dari terbuang sebab nak mencari fail kat pc n email.

    Jasa mu akan tetap ku kenang

    Pecah kaca pecah cermin.
    Dah baca, nah ni komen

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.