Kena Saman AES Mobile Kat Putrajaya

Kelakar je minggu kebelakangan ni. Aku asik kena saman je. Tak habis isu kena saman pasal KTM RC 200 aku yang plate tak ikut spesifikasi, minggu lepas kena saman speed pulak kat Putrajaya. Takdelah laju mana pun aku bawak kereta tu (ye saman kereta). Limit speed 80km/j, speed aku time tu 102km/j.

aes malaysia
Camnilah kamera AES yang buat photography kat aku masa aku speeding 102kmph

Lokasi AES di Bawah Jambatan

Mula-mula rasa macam tak best masa nak lalu bawah jambatan tu, (somewhere kat Putrajaya). Tapi memandangkan kereta lain pun laju, dan aku pulak sibuk tengok GPS, maka aku pun buat tak perasan la speed aku time tu.

Ye la, 100km/j kot, takde la laju mana untuk jalan Putrajaya yang luas tu. Tiba-tiba aku nampak flash kat depan aku. Kamera AES tu betul-betul bawah jambatan.

Flash kamera yang aku nampak tu bukan untuk kereta aku tapi untuk kereta depan aku. Kalau ikutkan sempat je aku tekan brek pastu acah-acah slow. Tapi sebab aku tergamam so aku tak sempatlah tekan brek.

Bayar Saman Awal untuk Elak Naik Nilai

Dan esoknya aku cek kat sistem MYEG memang aku dah kena saman. Saman AES ni agak mahal lah. RM150 untuk sekali saman speed trap AES. Untuk mengelakkan nilai saman makin naik, so aku bayar la cepat-cepat sejurus gaji masuk.

bayar saman di MYEG
Dah bayar dah saman AES ni guna MyEG.




Artikel berkaitan dengan "Kena Saman AES Mobile Kat Putrajaya"

6 10 Komen untuk "Kena Saman AES Mobile Kat Putrajaya"

  1. mahalnya saman sampai rm150. kena hati2lah sekarang, kerajaan tengah cari duit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal. Speed trap punya saman lebih tinggi sebab melibatkan keselamatan isu dia.

      Padam
  2. haha... posing peace kalau tgh speed nampak camera AES ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana sempat.. kan kite tengah laju time tu.. panik lagi. hahahah!

      Padam
  3. Biasa la tu Aryl, bila ada duit masuk mesti akan ada duit keluar. Tapi nak bayar saman memang rasa macam sakit hati je. Kalau behave sikit dapat la beli macam-macam guna duit untuk bayar saman tu. Sebab da terbiasa drive lebih dari speed limit tanggung la sendiri...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi tu la. kekadang tak logik gak. jalan lebar luas, pastu kenderaan lengang. tup tup ada flash.. ahahah..

      Padam

Terima kasih sebab sudi komen.