Ini adalah common issue yang aku jumpa dalam pembikinan sesebuah template Blogspot yang mesra SEO dan mesra AI.
Common Issue
- Isu canonical blogspot. Isu ni unik sebab blogspot ni guna code ?m=1 untuk mobile manakala untuk desktop dia clean tanpa kod tu. Nanti Google bingung nak index yang mana 1.
- Yang seterusnya, CSS Reset. Rupanya inilah yang mengganggu aku selama ni kat editor. Kat editor paparan lain dah cantik. Kat published konten jadi berterabur. Nak kena adjust kat editor, jadi kat editor nampak buruk, kat published pulak nampak kemas.
- Isu css reset solve yang menyebabkan Numbered list dan Unordered List hilang nombor dan bullet.
Ini antara yang crucial sebab boleh effect kat SEO dan AI punya kebolehjumpaan. Belum lagi kalau AI bagi code yang ada Parse Error. Sebenarnya bukan AI tak cekap, cuma apa yang aku nampak, AI ni dia akan buat struktur coding terkini, sampai terlepas pandang rules code platform Blogspot ni.
Kalau kau guna Grok, dia mungkin akan perli;
"Owh Sori, aku terlepas pandang code tu sebab blogspot ni ni dah vintage"
Tapi apa yang aku boleh katakan, setakat ni Gemini 99.9% sangat memuaskan hati. Dia boleh solve almost semua perkara coding yang aku perlukan.
Ai sentiasa berlumba
Dunia AI ni saling mengejar, harini Gemini best (dikala sebelum tu aku pro-ChatGPT), lepas ni tak sampai sebulan atau seminggu, AI lain mesti akan potong. Yang untung siapa? Kitalah sebagai user.
Jadi dengan situasi camnilah aku manfaatkan AI sebagai tools aku untuk aku siapkan kerja-kerja pemasaran online (Digital Marketing) dengan lebih efisyen dan pantas.