Letak Harga Bajet Kahwin Korang, The Kenduri Akan Laksana

Harga Bajet Kahwin untuk Kad Kahwin

Dulu bab-bab nak jimat, nak bajet untuk kahwin ni memang topik feveret saya lah. Letak je harga bajet kahwin korang, saya akan konsult bab kad kahwin. Dari material sampailah design yang sesuai. Tapi itu dulu lah.

Banyak info dan nasihat untuk penjimatan tempahan kad kahwin yang saya kongsikan untuk orang ramai kat blog Kadsekeping termasuklah jenis-jenis material kad dan saiz yang sesuai untuk kad kahwin tu.

The Kenduri Event Planner

Lain ceritanya dengan The Kenduri, satu-satunya Event Planner kat Malaysia ni yang menjadikan konsep bajet dalam urusan perkahwinan menjadi kenyataan kepada semua bakal pasangan pengantin.

Dari bajet RM2,000 ke RM45,000 atau lebih, hanya hubungi Zaim dan Arham (Pengasas The Kenduri) untuk mendapat khidmat nasihat kelancaran majlis gemilang korang.

Kalau bajet kurang dari RM2,000 pun boleh jugak bincang dengan mereka untuk tentukan dan custom apa yang perlu, yang penting majlis korang akan nampak sempurna.

Pengasas The Kenduri

Saya kagum dengan Zaim dan Arham ni, mereka ni baru berusia 24 tahun (2017) tapi dah mengembangkan The Kenduri ke tahap yang membanggakan. 1st saya kenal diaorang ni masa Majlis House Warming Misi Viral kat Gombak.

Letak Harga Bajet Kahwin
Dhia Vivadea bersama pengasas The Kenduri

Time tu saya dah dapat agak memang The Kenduri ni milik anak muda yang berwawasan ni. Cara diaorang kembangkan bisnes memang guna style bootstrap iaitu tanpa membuat sebarang pinjaman dari mana-mana institusi kewangan untuk memulakan perniagaan. Syabas.

One Stop Perkahwinan

Berbalik kat penjimatan tadi, The Kenduri ni sebenarnya telah merealisasikan konsep One Stop untuk majlis perkahwinan. Mana taknya, dari Kursus Kahwin, mak andam, jurugambar, juruvideo,  kad kahwin percuma, urus tok kadi, sampailah honey moon, diaorang akan uruskan.

Bukan tu je, lepas kahwin dah preggy nak buat majlis berendoi pun mereka akan cover tau. Majlis akikah lagi, semualah.

Makanan Disediakan oleh Kitchen The Kenduri

Bab makanan pun korang boleh custom ngan The Kenduri. Masa saya terjah majlis kahwin kat Galeri Diraja Seremban, memang serius cakap, makanan dia sedap.

The Kenduri ada kitchen yang sediakan semua katering ni. Bukan sub tau.

Dan yang bestnya ada coffee corner pulak tu kat situ. Lepas makan nasi, layan kek beserta kopi plak.

Udang Panjat terlalu mainstream

Bagi saya lah, apa yang bagusnya diaorang selain apa yang saya cerita kat atas ni, diaorang ubah konsep kahwin yang selama ni dah melekat kat minda masyarakat kita. Contohnya adalah menjadi kewajipan makan beradab mesti ada udang panjat kan? Diaorang ubah menu tu, bukan seperti kebiasaannya.

Yang pasti ianya sedap dan pada harga yang berpatutan dan ianya tak stereotype macam majlis kahwin dulu-dulu namun tetap ada nilai dan budaya masyarakat kita.

Arham ada bagitau, selain bagitau bajet kat The Kenduri, korang boleh bagitau konsep camna yang korang nak untuk perkahwinan korang tu.

Nak buat majlis kat atas lori, tepi pantai, atas kapal terbang dan lain-lain pun boleh. Cuma bagitau je kat diaorang, pastu pandailah The Kenduri realisasikan.

Korang tak teringin ke majlis kahwin kat Rooftop Foodloft Kuala Lumpur? Boleh propose kat The Kenduri. Ada background KL twin tower beb!

Kalau nak dapatkan nasihat dan idea untuk majlis perkahwinan korang, korang konteklah Zaim kat 0194650774 atau boleh usha majlis-majlis yang pernah dikendali oleh The Kenduri kat Instagram dan Facebook.

Korang bagitaulah dapat info ni dari blog adzril.com, manalah tau boleh dapat harga kroni. hehehe!