Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome

Merujuk kat artikel Cara Halang Orang Guna dan Curi Wifi Kita sebelum ini, kali ini aku tunjukkan pula cara nak tau sama ada wifi korang sedang digunakan orang lain atau tak. Kepada pencuri talian wifi, berusahalah untuk membayar sendiri talian internet korang atau teruskan usaha korang sebab lepas ni korang kena cari cara untuk crash MAC Filtering pulak! AMARAN! ARTIKEL INI TIDAK DISUKAI OLEH SEGELINTIR PENCURI WIFI.
modem wifi internet kena hack
Contoh Modem D-Link


Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome

Lampu Modem Berkelip Laju

Cara Pertama yang korang boleh buat untuk kesan samada wifi ko tengah dikongsi oleh orang yang tak berkenaan atau tak, adalah dengan tengok lampu kat modem. Caranya kena offkan dulu semua device yang korang ada yang tersambung dengan wifi tu, lepas tu baru tengok lampu modem tu (lampu internet dan wifi).

Kalau lain macam je laju dia berkelip (lampu) haa ada orang tengah guna la tu. Biasanya aku akan buat camni bila line internet aku slow. Sebab time tu memang dah terasa macam ada orang guna internet aku secara harommmm. (rujuk video 7 saat kat bawah ni)


Periksa di Default Gateway Modem

Cara kedua korang boleh masuk ke default gateway modem untuk tengok berapa device yang tengah connected dengan wifi kat rumah korang. Yang aku tunjuk ni contoh untuk modem TP-Link. Tapi semua model Dlink ke apa ke lebih kurang sama je.

Cara untuk masuk ke default gateway modem ni korang boleh tengok kat artikel aku sebelum ni bertajuk Cara Halang orang Guna Wifi kita. Korang boleh tengok berapa device connected kat wifi berdasarkan nombor MAC device.

Selain tu boleh jugak tengok guna Apps kat smartphone (akan ditunjukkan kemudian, teruskan membaca). Kalau ada nombor MAC selain dari device korang tu paham-paham je la kan? Aku ada buat artikel Cara Cari MAC Address kat blog aku ni.

cara mengetahui pencuri wifi
Bahagian Currently Connected Wireless Client Number is, contoh kat atas ni ada 2.

Guna Software Wifi Watcher (PERCUMA jer)

Seterusnya cara paling senang nak kesan kalau ada device yang bukan milik kita tengah guna Wifi kita adalah dengan gunakan Software Wifi Watcher. Sebab apa aku kata paling senang? sebab tak perlu la kita nak login, atau tengok lampu. semudah klik software tu atau run apps tu di smartphone (android), terus dia tunjukkan berapa bijik handphone atau laptop tengah bertenggek kat wifi modem kita.

Kalau kita pakai 1 handphone 1 laptop, tup tup tengok kat result ada 8 device connected, haa memang tau la wifi kita tu tengah dikongsi dan digunakan orang lain. terus halang ok. Tengok contoh kat bawah ni, pertama kali aku detect ada orang (beramai-ramai) guna Wifi aku sedangkan aku duduk sensorang je kat umah.

Nampak tak ada 6 device yang start detect 1 Jan 2016 tu. Start detect tu maksudnya software ni baru pertama kali digunakan untuk detect, mungkin dah lama diaorg buat kerja nih.

Tak sampai 5 minit, password Wifi aku mungkin telah dikongsi kepada kawan-kawan lain, dan korang tengoklah jumlahnya.
Amboi, bertambah ye. (paparan dari software pemantau wifi)
Nak software ni? Masukkan email korang kat sini pastu tekan butang download tu. Terus download FREE! (untuk gunakan software ni kene pastikan pc atau smartphone korang tu memang connected dgn sambungan wifi yang korang nak cek tu)
masukkan alamat email korang untuk aku hantar software tu kat sini. (Size kecik je, dalam 300kb sahaja)



Password dicuri

Jangan salah paham ye, sebenarnya aku dah pasang password kat Wifi aku (WPA2). Tetap jugak diaorang boleh hack. Bab tu aku kurang pasti, sebab aku tak pernah buat nak hack-hack line internet orang ni. Malu nak guna tanpa bayar.

Orang yang guna internet tanpa kebenaran (tanpa bayar) ni telah memberitahu minda separa sedar diaorang yang diaorang tak mampu (bayar internet). So sampai bila-bila la korang tak mampu.

Langkah Halang Pencuri Talian Wifi

Tukar SSID atau Password Atau Kedua-dua Sekali

Ok kita teruskan camna cara nak halang? Caranya adalah dengan korang tukar password dan SSID (Nama Wifi) korang. Ini cara paling senang sebab setau aku, orang nak hack password Wifi ni bukan boleh amik masa 1 atau 2 minit. Tak silap aku 45 minit atau lebih lama.

So untuk nampak cute dan awesome tukar lah passwed atau SSID tadi sambil memberi pesanan kepada orang-orang yang curi wifi kita ni. Contohnya "Dah dapat password ye bang", "tak mampu ke", "tak penat ke curi wifi" dan lain-lain lagi.

Contoh SSID aku lepas aku aktifkan MAC Filtering

Sembunyikan Talian Wifi / SSID

Cara lain nak halang adalah dengan sembunyikan SSID (Nama wifi). Tapi cara ni agak complicated, aku belum sempat nak sediakan tutorial dia. Antara kelemahan cara camni adalah korang kena masukkan secara manual SSID masa nak connect awal-awal tu (sekali je). Yang ni kompom2 orang tak boleh curi line internet korang. Sebab hacker tak nampak pun Nama Wifi (SSID) korang tu, jadi tak boleh la dia target! Padan Muka! hahahah!


Aktifkan MAC Filtering

Ini adalah cara yang aku guna untuk halang orang lain guna Wifi aku. Walaupun orang tu tau password Wifi Modem aku, tetap jugak dia tak boleh connect sebab MAC Filtering ni dah filter device yang benarkan je.

Jadi aku set la siap-siap semua device yang aku guna tu. Kelemahan MAC Filtering ni bila ada member ko datang rumah nak mintak guna wifi, korang terpaksa offkan MAC Filtering tu atau masukkan dia dalam list MAC Filtering. Kalau aku prefer offkan MAC Filtering, bila member dah balik, aku on balik MAC Filtering.

PsssSttt! Dah baca tolong sebarkan kat kawan-kawan, adik beradik, saudara mara, kat facebook, kat whatsapp, kat telegram, kat Wechat dan macam-macam lagi. Terima kasih :)

Inilah dia (kalau x silap aku) alat yang digunakan untuk mencuri password wifi korang. Harganya tak silap aku dalam RM200. Bawak2 la insaf ye wahai pengguna wifi tanpa kebenaran (haromm)

Artikel berkaitan dengan "Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome"

74 10 Komen untuk "Mengesan Orang Yang Guna Wifi Anda dan Cara Halang Mereka Dengan Awesome"

  1. Ada tak possibility untuk orang yang curi WiFi ni untuk log admin dekat default gateway Dan create satu admin user baru? Yang mana membolehkan dorang untuk akses WiFi kita secara harom?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup! saya pun ada terfikir camtu. Bila dia dah dapat password memang boleh masuk default gateway. Cumanya... itu dah mmg kes paling teruk la. Penyelesaiannya, kita reset je modem kita. Sebab modem dalam umah kita sendiri heheh

      Padam
    2. Certain modem or rauter baru ada option ntuk block access ke setting melalui wifi

      Padam
    3. Kalau pakai tm router, ada user id yg selain admin. Details agak common dan sebaiknya tukar je modem lain mcm asus ke.

      Padam
    4. pakai passowrd pun orang boleh curi ke bro..memang hebat juga jenis hacked nie

      Padam
  2. Saya gantikan nama wifi saya dgn nama henpon. .. contoh note 3 bla bla bla.... nampak mcm hotspot telefon.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyer kan? good idea ni. Takpun guna nama AndroidAP, atau TM Wifi hahaha

      Padam
  3. Info yang sangat berguna. Tapi kalau pakai unifi susah nk detect, sebab tak rasa "slow" kalau orang lain guna haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah 8 device yg connected, pastu memasing stream youtube 4k, xkan le x rasa.. Hehehe..

      Kalau tak rasa jugak, kena rajin cek le.. Hahaha

      Padam
    2. Guna option Qos dalam modem ntuk limitkan bandwith ntuk wifi ngan LAN.... So yg da kne limit tu sure tak kan streaming 4k lagi

      Padam
    3. Kalau torrent mmg habis bandwitdh ler depa konker..

      Padam
  4. Balasan
    1. Boleh cuba ni. Tapi kalau dpt yg method simple lagi senang orang follow.

      Padam
  5. Aku selalu guna app WifiKill...mana2 device yg tak ada dlm list hp aku..aku terus kill..
    Tapi wifikill ni jgn pulak disalah gunakan di kedai yg menyediakan WIFI free..ko sedut sorg2..org lain melopong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini memang kejam.. benda free pun nak tamak kan?

      Padam
  6. Saya gantikan nama wifi saya dgn nama henpon. .. contoh note 3 bla bla bla.... nampak mcm hotspot telefon.....

    BalasPadam
  7. Ada kesilapan sikit dekat sembunyi wifi/ssid. Klau sembunyi @ hide wifi ssid, wifi masih bole digunakan.. Cuma ssid x kelihatan jika device baru cuba scan wifi. Kena isi secara manual klau nk connect ke wifi tersebut (perlu ssid & pass yg betul).

    BalasPadam
  8. Kalau yang mengunakan P1wimax modem wifi pula bagaimana? Boleh kena hack juga ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni aku belum pernah cuba p1 punya modem. Tp kalau boleh login gateway, mesti ada option untuk filter MAC ni.

      Padam
  9. klu sy sy halal kan je dorg nak curi sekurangan dapat sy bg pahala secara percuma.. klu sy cari pencuri tu nnt sy yg kne tangkap sbb dia akan di backup oleh pihak berkuasa..

    BalasPadam
  10. Bagus bro. Saya cadangkan password buat panjang2. Sebab 10 angka dan huruf pun makan masa nak hack, kalau panjang lagi lama. Setiap 5 jam atau bila xguna, off wifi. Sbb kalau diorg tgh hack, tetibe korang off, proses hack tu terbantut dan kene mula dari awal semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, masa paling sesuai nak hack password wifi ni waktu malam orang tengah tido. Bangun pagi je semua password dah tersedia. tapi kalau on MAC Filtering, kompom orang tu giveup awal2. tapi kalau nak bagi orang tu merana, boleh la buat camtu, matikan setiap 5 jam... jenuh menunggu.

      Padam
  11. Cara pling mudah hide ssid tu, pstu security wp2, psswd letak ja combination [email protected] contoh, huhu org susah nk hack sbb ada combination mcm ni, hide ssid tu, klau nk msuk wifi, kna tulis nama ssid yg korang set td, penbetulan ok, klau hide ssid tu masih boleh connect guna wifi ok

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhh... tak pernah buat.. lepas ni boleh la aku buat pasal hide SSID. boleh connect rupanya ye...

      Padam
  12. Balasan
    1. lain modem lain tempatnye... tapi boleh cari kat bahagian Wifi, lepastu cari MAC Filtering. Kat situ boleh isi nombor WiFi setiap device kita.

      Padam
  13. Good info bro. My SSID sy letak "CCTV 23" x tau la klu org ttipu ke x.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha macam2 la idea kreatif kepala otak korang ni... mantap gak!

      Padam
  14. TY bro for the software..
    Awesome tersngt..
    Well Play bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Afzan. Cuma nak sharing tips je ni sbb ramai la aku tgk bebudak beli alat nak hack2 password ni. Kesian orang yg bayar bill tp xdpt full speed.

      Padam
  15. Mcm bro kudiz kata, aku pun guna WifiKill. Tp sblm kill, seronok jugak tgk apa web yg dia org bukak. Bg yg suka curi wifi tu, hati2 sikit.. Silap2 korang yg kena hack nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau pakai ios ada apps tu jugak ke ?

      Padam
  16. No point kalu buat hidden SSID + MAC Filteribg. Ade cara dia if kita nk tau. Bro, benda ni xberapa penting sgt. Ko xmention kn tentang wifi security. Dont use WEP. Use WPA2 + strong password. Cracking process will take forever and almost imposibble. Ade byk lg aku boleh ajar. Email me. [email protected]

    BalasPadam
  17. aku, kat rumh set ip. contoh ada 4 device yg guna, set 1-4 je..bermaksud ada 4 user boleh connect dlm 1 masa. kemudian, guna mac filter. set mac address device kita dan setkan pd this mac address allow to connect. . (bg router tm). kemudian password gunekan symbol huruf dan askara kecik besar, sbb nk crack password akan lambat.. kemudian password router kne tukar. jgn biarkan default. tp unifi ada master password. hahahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul bro. Aku ada baca jugak pasal cracking MAC Filtering. Tp utk noob xpandai kot nak buat. Asalkan dapat halang and detect pngguna harom pun dah kira ok. Nnti aku email ko utk belajar. Hehehe

      Padam
  18. Saya dah install yang network watcher yang awak suggestkan,saya dah scan device device asing yang connect dengan wifi saya secara haram..so macam mana saya nak halang ye? TQ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh rujuk artikel sy yg sebelum ni tajuk Cara Menghalang orang guna wifi. Boleh jugak cek link kt artikel atas ni.

      Padam
  19. Balasan
    1. Xperasan plak. Utk apa plak tu ye?

      Padam
    2. Walaupn security wifi dh set kpd WPA, tp still enable WPS, possibility password nk kn cracked still ada.

      Padam
    3. setakat ni, untuk peringkat awal dapat detect dan halang guna MAC Filtering pun dah bercukur... nnti kalau ada yang lebih advance boleh la cari teknik lain.

      Padam
  20. Kalau pakai ios boleh download ke apps tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. iOs tak boleh. Aku tak pakai iphone. tu yang tak tau. Tapi boleh cuba la cari apps yang berkait, macam wifi watcher ke, wifi kill ke..

      Padam
  21. Salam. Wpa2 bukan senang nak crack password dgn masa 45min. Huhu. Kemungkinan ada mulut yg bagitahu password abg. Trust me.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. ye ke? tak tau plak. sebab tak pernah buat keje2 crack ni. hehe

      Padam
  22. Tak pernah check pun, pakai ini di tak rasa slow pun..Boleh.cuba nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau still rasa ok dengan speed internet kira okla..

      Padam
  23. thanks. info berguna. satu lagi saya tak tahu macam mana nak limitkan speed internet pada device yang connect pada modem tu. contoh mcm anak kerap sangat tengok youtube pada tab dia. modem saya guna sama mcm atas tu. harap dapat membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tu sy tak belajar lagi... insyaAllah nnti sy buatkan.. teruskan follow adzril.com ye... hihi

      Padam
  24. Hi nk tanya kenapa bila saya search wifi... nama wifi saya ade 2...satu open lg satu secured???adakah tanda2 kena curi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamakk! saspen ni... sy tak pernah plak tau pasal ada klon wifi nih.. hmmmm

      tapi mungkin cik boleh cek kat sini jawapan tu.
      http://superuser.com/questions/850438/remove-the-2-after-the-ssid-on-windows-8-0

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Kna attack la tu dngan linset evil twin attack..yg kunci blh sambung tp xde acces internet..yg open tu ada acces internet tp klu masuk situ..yg penyerang da blh tau password wpa2 tu

      Padam
  25. Well done bro! Thanks for the info.

    BalasPadam
  26. Bt je pswd huruf dan nombor.. Zd19Rq74Dk82Lx38... aku sndri nk hack pon ssh nk lepas..

    BalasPadam
  27. Kalau macam ni sebanglah nak check lain kali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg byk apps yang boleh diguna untuk cek orang curi wifi ni. senang je.

      Padam
  28. Kadang curi wifi ni minat je..pasal bidang cracking wpa2 ni agak mencabar..bkn pasal xdak internet bkn pasal miskin..bila dapat dia rasa puas pastu screen video post kt youtube ajar org lain pulak....kwn aku ada unifi 30mbps..router ada 4..wifi booster ada macam2 outdoor indoor..gpu dia beli harga dkat 2k satu..ada 2 gpu buat main game ngan cracking handshake file..buat la hidden essid ke..fake mac address ke..klu org tu pro dapat jugak..nk slamat guna kabel lan je cucuk kt pc download baidu wifi hotspot..tiap kali nk guna tukar password..mmg slamat..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju bro.. mmg ada yang sekadar nak test ilmu je... tapi biasanya kalau yang test ilmu ni setakat guna sekejap je...

      Padam
  29. 192.168.1.2-----1C-99-4C-D8-F9-37-----Murata Manufacturing Co., Ltd. bro nie mmand ade ke..aku dh dh reset password..
    ttap natang die ade

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu maksudnya mmg ko punya device. Murata manufacturing tu mungkin nama komponen dalam henpon ko tu.. Samsung guna komponen ni.

      Padam
  30. mcmna kita nak tahu alamat ssid yang ditiba2 disspear sbb sblm nie ok je pun....

    BalasPadam
  31. Assalam. Kenape ye still failed login 192.168.1.1 even default gateway mmg betul dh.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi komen.