E-commerce guna Blogspot

Sebenarnya topik ni dah wujud kat sekitar internet, cuma tak pasti bila ia diwujudkan. Tak berapa popular sebab mungkin ramai dah tinggalkan Blogspot dan beralih ke Wordpress. Bagi penggemar Blogspot macam saya, saya memang mengandalkan platform ni untuk handle setiap keperluan online zaman AI ni. Dan jawapan untuk e-commerce guna Blogspot adalah YA! Boleh.

Antara kata kunci yang saya percaya dicari oleh peminat Blogspot yang nak gunakan platform ni sebagai e-commerce adalah:

  1. How to set up an online store on Blogspot?
  2. Can I sell products directly from my Google-owned blogging platform?
  3. Best payment gateways to integrate with Blogspot e-commerce sites in Malaysia?
  4. Which shipping services work well with Blogspot-based online shops?
  5. SEO tips for a small e-commerce venture on a free blog.
  6. How to add product listings and manage inventory on Blogspot?
  7. Security considerations for a blog-based online payment system.
  8. Are there plugins or tools to enhance Blogspot for e-commerce purposes?
  9. Is a free blogging platform suitable for serious online selling?

Inilah topik-topik penting untuk peminat Blogspot yang nak gunakan platform ni sebagai kedai atas talian mereka.

Mereka tak salah, dan saya pasti kenapa mereka terdetik untuk pilih Blogspot sebagai platform e-commerce. Antaranya:

  • Nak tahan trafik viral (sebab Blogspot ni milik google, mesti boleh handle trafik yang sangat tinggi).
  • Tak nak fikir pasal hosting.
  • Tak nak fikir pasal isu keselamatan dari digodam atau serangan DDos.

Atas sebab itulah, saya sebagai seorang yang sangat meminati Blogspot membangunkan Online Shop DhiaCloud.

Gabung Blogspot dan Spreadsheet Google

DhiaCloud adalah online Shop dibangunkan atas platform Blogspot dan database yang disimpan di Cloudflare. Selain guna Cloudflare, Online shop ni sebenarnya boleh guna Google Spreadsheet sebagai pengkalan data (database).

Tak perlu pengetahuan teknikal

DhiaCloud ni bukan sekadar untuk post product dalam fungsi post Blogspot tu. Cara untuk "upload" produk guna fungsi Create New Post dalam Blogspot akan menjadi teknikal sekiranya nak pastikan ianya menjadi satu paparan kedai online yang mesra pengguna dan pelanggan kedai.


DhiaCloud dicipta untuk melepasi segala kepayahan teknikal tu. Pengguna hanya perlu tambah produk di paparan Dashboard yang telah dibina dalam platform ni. Selain itu boleh buat keterangan produk, jumlah stok produk, kadar pengeposan dan berat produk.



Ciri keselamatan tingkat tinggi

Untuk keselamatan, DhiaCloud menggunakan 2 blog Blogspot. Blog pertama sebagai panel admin untuk tentukan tetapan kedai, urus tempahan, tambah produk dan muat turun laporan jualan. Manakala blog yang kedua sebagai paparan kedai online.

Blog 1 - untuk tetapan kedai

Blog 2 - untuk kedai Online


Kedai Online dengan nadi SEO

DhiaCloud menggabung Online Shop ini dengan template Blogspot Seth. Yang mana template premium ni memang dicipta untuk menguasai SEO. Jadi Online Shop DhiaCloud ni memang telah capai 1 tahap yang lengkap untuk sebuah perniagaan.

Siap diintergrasi dengan Payment Gateway

DhiaCloud diintergrasikan dengan pemproses bayaran (Payment Gateway) Toyyibpay. Toyyibpay dipilih sebab ianya mudah didaftarkan sama ada untuk akaun individu ataupun syarikat.

Dengan wujudnya DhiaCloud, sebenarnya dah selesaikan banyak permasalahan untuk orang mula berniaga secara online. Semua paparan direka dengan sangat mudah difahami (user friendly) untuk memudahkan pengguna menggunakan 1 sistem e-commerce tanpa pening kepala.