Panduan bercuti di Sabah

Panduan Bercuti di Sabah: Kundasang & Kota Kinabalu (Pengalaman Terkini)



Pastikan korang bersedia dan nampak sedikit gambaran sebelum pergi bercuti kat Sabah. At least kena tahu persediaan untuk tempat yang nak dilawati dan yang paling penting, persediaan penginapan, kereta sewa (transport) dan tempat makan.


Panduan Bercuti di Sabah

Saya nak bagi tips dan gambaran untuk tempat-tempat yang perlu atau patut dikunjungi bila berada di Sabah.


Kalau nak senang, tak nak pening-pening kepala bercuti ke Sabah, boleh baca artikel saya bertajuk pakej percutian ke Sabah.


Bagi mereka yang tak tau mana nak jalan di kota kinabalu, jom saya tunjukkan sedikit tips.


Layan dulu video ni untuk mereka yang suka tengok visual. Sambil-sambil ambil mood bercuti.

https://www.youtube.com/watch?v=TmqSJYhxzdI


Tempat Menarik Bercuti di Sabah

Perkara pertama yang perlu dipastikan sebelum jejak kaki kt Kota Kinabalu Sabah adalah kereta sewa.


Cari kereta sewa yang harga berpatutan dan boleh bagi diskaun. Barulah puas hati kan?


Dan pastikan korang pandu sendiri kereta sewa tu sendiri dari airport lagi. Banyak je company kereta sewa yang bersedia untuk sewakan kereta bagi pengunjung yang datang ke Sabah.


Kereta sewa akan hantar kereta sejurus korang touch down dan jejak kaki kat airport KK. Nak mintak mereka hantar kereta ke hotel tempat korang menginap pun boleh. Biasanya (memang saya biasa jalan-jalan kat Sabah) nak senang memang saya akan ambil kereta kat airport je. Pastu terus waze/google maps ke hotel.


Hari Pertama: Tiba di Kota Kinabalu

Hari pertama sampai kat Airport KKIA (Kota Kinabalu International Airport), korang boleh terus pandu sendiri kereta sewa terus check in hotel kat area Bandar Kota Kinabalu (KK). Ada jugak homestay sekitar Putatan yang memang dekat sangat dengan airport. Homestay yang saya kongsikan kat link tu ada 2 bilik yang ada aircond dalam kesemua bilik.


Banyak hotel kat Bandar KK ni dari yang harga RM68 sehingga RM200 untuk range sederhana, Contohnya macam hotel Tang Dynasty (hotel ni agak ‘berusia’), Yaho Hotel, Hotel Oceana, dan lain-lain. Walaupun hotel banyak, tapi kena buat plan awal-awal nak duduk hotel mana. Biar tak kalut.


Macam saya, saya pentingkan hotel yang sediakan sarapan. Senang tak payah nak fikir nak sarapan kat mana pagi tu. Sebab biasanya saya pentingkan nak tuju ke destinasi cepat je. Kecuali kalau nak ke Kundasang dari Kota Kinabalu seawal jam 5 pagi lah.


Pilihan Hotel atau Hostel Yang Sesuai

Korang boleh pilih hotel yang bersih dan selesa. Saya rekemen Hotel Oceana kat area Sadong. Harganya murah, dan keadaan bilik yang bersih. Tersedia jugak sarapan pagi. Tapi sarapan biasa-biasa je. Kalau tak nak pakej sarapan, boleh jugak makan kat luar. Ada kedai kat tengah-tengah kawasan Sadong tu yang sedap, lupa pulak nama kedai makan tu.


Berbalik kat Hotel Oceana ni, ianya sesuai untuk korang yang bawak family dan budak kecik.


Nak dapat harga murah jangan walk in ye, kena cari kat booking.com atau agoda. Memang jauh beza harganya. Boleh dapat RM119 untuk 1 malam berbanding kalau walk-in RM165. Book sekarang, sebelum tiba kat Kota Kinabalu tu.


Kalau bujang, elok ambik hostel je. Lebih jimat. Kat area Sadong Jaya ni ada Skypod Hostel. 1 malam kalau dapat offer kat online boleh dapat RM27 je, termasuk sarapan pagi tau. Awesome!


Banyak lagi hotel range harga yang tak berapa murah, antaranya:

  • Sky Hotel
  • Hotel Grandis kat Suria shopping Mall
  • Hotel Hyatt Regency Kota Kinabalu
  • Le Meridien
  • Promenade
  • Marriot Hotel Kota Kinabalu
  • Hilton Kota Kinabalu

Kalau ada bajet, boleh je. Hotel yang range harga camni saya tak pernah masuk lagi, dan saya rasa kompom la mesti ada include sarapan pagi tul tak? Apa-apa pun pasal hotel ni takyah risau la sebab kat sekitar Bandar KK ni hotel memang berlambak. Pilih je yang mana berkenan.


Ada jugak hotel murah dalam RM60 satu malam dekat area kampung Air Kota Kinabalu tu, ataupun Promenade Apartment.


Banyak pilihan hotel sebenarnya kat kawasan-kawasan tumpuan tertentu kat Kota Kinabalu ni. Contohnya kat kawasan:

  • Pasar Pilipin
  • Kampung Air
  • Bandaran
  • Imago Shopping Centre
  • Suria Sabah
  • Star City
  • Dan lain-lain

Homestay di KK

Selain hotel, boleh jugak ambik homestay. Ada 3 homestay yang saya pernah duduk di sekitar Kota Kinabalu:

  1. Homestay AFS Putatan
  2. Homestay Imago
  3. Homestay Time Square (Sebelah Imago)

Jalan-Jalan Sekitar Kota Kinabalu

Fuh penat cerita pasal hotel je, ok sambung balik itinerary percutian Kota Kinabalu ni. hehe.


Rehat secukupnya pada hari korang sampai tu, bila dah cukup rehat (jangan lama-lama sangat rehat tu) korang boleh jalan-jalan sekitar Bandar KK ni untuk meninjau-ninjau budaya orang Sabah yang peramah dan cantik-cantik.


Saya cadangkan untuk hari pertama hanya untuk berjalan-jalan je sekitar Bandar KK (atau sekitar hotel kat mana korang duduk) sebelum menempuh hari esok.


Kat sekitar KK ni korang leh pergi Suria Sabah, Imago (Shopping Mall) ataupun ke Sinsuran cari manik murah. Jangan beli kat Pasar Pilipin, mahal. Diaorang pun ambik stok kat Sinsuran ni lah. Ini je lah tempat nak dapat manik dengan harga murah. Takde tempat lain.


Biasanya malam ramai pelancong akan ke Pasar Pilipin untuk makan seafood. Ataupun orang makan kat Todak. Sebelah je dengan pasar besar KK. Biasa yang popular kat sini gerai Haji Manja, tapi bila dah terlalu orang sebut, jadi overated pulak. Gerai lain pun tak kurang sedap dan harga pun berpatutan jugak. Cubalah.


Hari Kedua: Jelajah Pulau (Island Hopping)

Dah cukup rehat? Hari kedua korang bangun awal sikit (dalam pukul 0700hrs) dan boleh terus ke Jesselton Point kat Bandar KK (betul2 sebelah Suria Sabah) untuk pengalaman ke Pulau.


Sampai je kat Jesselton Point terus beli tiket untuk ke Pulau pilihan korang, sama ada Pulau Manukan, Sapi atau Mamutik. Atau ketiga-tiga pulau sekaligus. Ketiga-tiga pulau ni best, airnya jernih tapi Manukan menjadi pilihan saya la sebab ruang berlari-larinya yang luas.


Bajet harga seorang untuk pergi ke pulau adalah RM35-RM50. Harga ni termasuk bot ulang alik dari jeti ke pulau, tiket masuk pulau, dan sewa peralatan snorkeling.


Per alatan snorkel boleh disewa kat Pulau. Senang sikit sebab tak payah susah-susah nak bawak snorkel dari Jetty ke Pulau dan Pulau ke Jetty balik. Leceh. Sewa je terus kat Pulau tu. Harga sama je.

Masa beli tiket, orang kaunter tu akan tanya pukul berapa korang nak balik, sebab bot nak datang pick up korang lepas korang selesai berkelah kat pulau tu. Kalau diaorang tak tanya, korang kena lah bagitau.


Dah Penat balik dari Pulau, korang berehatlah kat Hotel/Hostel/homestay untuk recharge balik tenaga untuk perjalanan keesokan hari.



Hari Ketiga: Kundasang (2-3 Jam dari KK)

Hari ketiga saya cadangkan korang check out dari Hotel dan terus menuju ke Kundasang. Perjalanan ke Kundasang ambik masa lebih kurang 2-3 jam naik kereta.


Jadi saya sarankan, check out la awal. Dalam pukul 5 pagi camtu. Terus drive ke Kundasang. Masa on the way nak ke Kundasang tu, singgah la kejap kat Nabalu Market. Tempat ni kira macam tempat wajib untuk berhenti lah sebelum sampai ke Kundasang.


Lebih kurang 10 ke 20 minit lagi baru sampai Kundasang kalau dari Nabalu Market ni. Relaks-relaks dulu kat sini. Sambil tengok pemandangan cantik. Boleh nampak gunung Kinabalu dari sini tau.


Ada satu spot rahsia untuk tengok Gunung Kinabalu dengan jelas. Layan video yang saya letak kat perenggan atas tadi untuk tahu. heheh. Kat sekitar Nabalu Market nih je tempatnya.


Banyak buah segar kat sini. Ada tarap, Nenas, pisang, durian. Eh banyaklah ada kat sini.


Sampai je Pekan Kundasang, layan feel kat kawasan roundabout ni.


Itinerary Kundasang: Stop Demi Stop

  1. Kampung Luanti Tagal Sungai Moroli (Fish Spa)
    Tempat pertama yang korang perlu singgah bila sampai ke sini adalah (cadangan saya) terus ke Kampung Luanti. Kat situ korang akan ‘bermain’ ikan sambil ikan tu berenang-renang sambil ‘mengurut’ kaki korang.
    Ada sebabnya kena pergi ke sini dulu. Sebab ini kira tempat paling hujung dalam kembara di Kundasang ni.
    “Kenapa budak lain menjerit-jerit tu?”
  2. Ladang Teh Sabah
    Habis je dari Kg Luanti ni, singgah kejap kat Ladang Teh Sabah, sebelah je pun. Biasanya orang ke sini untuk makan tengahari sebab kalau nak ke Pekan Ranau agak jauh dan tak berbaloi nak ulang alik.
    Tapi kalau boleh, singgah makan kat Pekan Ranau la. Banyak kedai yang harga murah. Kat Sabah Tea ni harga makanan tak berapa nak murah.
  3. Poring Hot Spring
    Lepas tu terus menuju ke Poring Hot Spring. Kat sini ada Canopy Walk dan Hot Spring.
    Untuk mandi kolam air panas, atau rendam kaki. Lepas tu boleh hiking kat Canopy Walk. Tinggi ni. Gayat.
    Owh ya, air terjun pun ada, cantik tau. Air terjun Kipungit namanya.
    Kalau korang masih larat lah, teruskan ke air terjun Kipungit yang jaraknya lebih kurang tak sampai 1 kilometer. Kena jalan kaki dari Canopy Walk tu.
    Alang-alang bercuti di Sabah ni, biar berpeluh ketiak. Bukan selalu kan?
  4. Desa Dairy Farm
    Habis je aktiviti korang kat sini korang boleh terus menuju ke Desa Dairy Farm, kat sini korang akan tengok pemandangan yang cantik menghijau, ada lembu-lembu susu dan korang boleh gak beli susu segar kat sini.
    Selain tu ada aiskrim (Gelato) perisa Yogurt dan coklat. Saya rekemen Gelato Perisa Yogurt!
    Harga tiket untuk masuk ke Dairy Farm ni RM5 untuk warganegara.
  5. Kinabalu Park (Sunset!)
    Ingat, tiket masuk Dairy Farm ni boleh digunakan untuk masuk ke Taman Negara (Kinabalu Park) sekali tau. Tapi untuk hari yang sama la.
    Kalau masih ada masa, boleh bergegas ke Kinabalu Park ni sebab sunset dia cantik sangat MasyaAllah.
    Tengok sunset di dalam jam 6 – 7 petang. Ingat, kat Sabah ni semuanya awal sejam. Pukul 7 macam dah pukul 8 malam tau.

Menginap di Kundasang: Kinabalu View Guest House

Jadi saya stay je kat area Kundasang ni sebab kalau nak balik pun dah malam, dan banyak kabus so saya cadangkan korang stay kat Hotel atau Chalet sekitar Kundasang.


Apa lagi yang kita nak selain menikmati pemandangan indah kat Kundasang ni? Bilik penginapan yang murah!


Jadi saya rekemen sangat Kinabalu View Guest House ni untuk korang. Ini sebabnya:

  • Harga murah (bawah RM100/malam)
  • Parking yang privasi dan selesa
  • Bilik yang simple, kemas dan bersih
  • Ada water heater
  • Ada dapur untuk kegunaan ramai
  • Peti sejuk

Tempat ni tak ramai tahu. Dari guest house ni boleh nampak jelas Gunung Kinabalu. Tempat ni agak ‘tersorok’ dan tricky sikit untuk dijumpai sebab takde signage kat lorong masuk tu. Korang boleh waze je “Kinabalu View Guest House”.

Saya ada provide video cara nak ke masuk simpang ke Kinabalu View Guesthouse kat Channel Youtube saya. Adzril Bloggertalk. Subscribe ye.


Untuk penginapan kat Area Kundasang, dinasihatkan untuk book awal sebelum datang ke Sabah. Sebab nanti kalau dah sibuk kat sini tak sempat nak cari tempat penginapan.

Kereta Sewa di Kota Kinabalu (Paling Penting!)

Ini yang paling penting dan paaaling awal kena ambil tindakan sebelum korang bercuti di Sabah ni. Sewa kereta.


Bagi yang nak cari sewa kereta sekitar Kota Kinabalu ni, ada banyak pilihan kereta sewa saya boleh rekemen. Ada Perodua Axia, Myvi, Alza, Alphard pun ada kalau nak. Servis diaorang ni memang terbaik yang boleh saya rekemen.


Kereta akan dihantar sampai ke airport, takpun hantar ke hotel tempat korang menginap masa awal-awal turun kat Kota Kinabalu.


Elok terus mintak hantar kereta tu kat Airport, kena bagitau la pukul berapa flight korang sampai kat Airport Kota Kinabalu (KKIA) tu.


Bayaran untuk sewa memang murah. Lagi kalau korang pandai tawar harga hehe. Ada diskaun lagi untuk sewa kereta untuk 3 hari dan keatas.


Ok siapa yang nak sewa kereta, teruskan baca kat artikel saya yang bertajuk Sewa Kereta di Kota Kinabalu Sabah. Elok terus tempah kereta awal sebelum jejak kaki ke Sabah kan? Bagitau dapat dari blog Adzril.com.


Ringkasan Jadual 3 Hari

HariAktiviti UtamaMenginap
1Tiba KK → Kereta → Hotel → Jalan bandarKota Kinabalu
2Island Hopping (Pulau Manukan)Kota Kinabalu
3Nabalu → Tagal → Hot Spring → Dairy Farm → Kinabalu ParkKundasang

Terima kasih sebab baca sejauh ni untuk artikel Panduan bercuti di Sabah, saya suka kalau korang tinggalkan komen dan bagi rating untuk artikel ini kat bawah. Thanks.